Khasiat Teh Hijau

As Salam...

Sejak usia dah masuk 26 tahun nie, mula nk jaga muka la..badan la....dalaman la..luaran la.....yek la, takut la kan..org kata ble masuk usia 26 thn nie kene mula jg kesihatan..tk kira la dalaman ke luaran..ape lagi kte nie wanita bekerja dan sudah berumah tangga...kalo tak de mase nk belek diri susah la....bkn plak dok belek diri je, tanggungjawab lain terabai..tidak sama sekali..kene seiring la...

ritu tetiba terbaca artikel tentang khasiat minum teh hijau..sblm nie aku suka gak buat teh o ais kt umah..kih3....tp guna teh hitam la....ble terbaca tentang khasiat teh hijau nie mcm best je...dlu zaman sekolah menengah, aku suka gak tgk cite cina kt TV2, setiap hari isnin hingga khamis jam 6.30 petang...biasa lah kalo cite cina kan, suka minum teh..bkn minum teh hitam tau tp teh hijau..sbb tu la diorg sehat n kulit cantik..tu bg yang tak makan ba alif ba ya iek kengkwan...ade pengalaman cikgu cina bercerita...kalo tgk org cina yang kulit dia bintik2, tu makne nye dia mkn ba alif ba ya...yek la, semua org tau, haiwan tu kotor kan....=p

Sejak tu, aku pun mencari2 la teh hijau nie..kedai kt kuarters aku dok tu tak de jual..kalo kt supermarket ade la..nk jadk kan cerita, minggu lepas seblm encik suami berkursus, singgah kt mydin P14 jap...cari susu si adik, tetb ternampak sudut teh..so ape lagi, terus teringat seblm nie nk cari teh hijau..dan akhirnya...taraaaaa

gambar ehsan google..

tp nie pack besar aku pnye pack kecik je ade la dlm 10 bag dlm kotak tu....skrg baru minum 2 bag....

Jom tgk khasiat teh hijau nie plak:-


MUNGKIN ramai di antara kita menolak untuk menikmati secawan teh hijau berbanding teh tarik kerana tidak biasa atau mungkin berasa kurang selesa pada aroma yang sedikit berbau berbanding teh yang lain.

Namun tahukah anda teh hijau mempunyai pelbagai khasiat terutama meng­aktifkan metabolisme tubuh selain memberi tenaga. Malah ramai berpendapat teh hijau mampu menurunkan berat badan sekiranya diminum secara berkala setiap hari.
Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur terutama di Jepun. Malah penduduk dunia yang paling panjang umur­nya ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun dan didapati ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun malah mereka jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana mereka menjadikan minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian. 

Pada dasarnya bahan pembuatan teh hijau tidak mempunyai perbezaan dengan jenis tanaman teh lain namun teh yang berasal daripada pokok Camelia Sinesis mempunyai cara pengolahan berbeza berbanding teh hitam atau merah yang selepas dipetik akan dikeringkan kemudian mengalami proses pengoksidaan selama enam minggu.

Berbeza dengan teh hijau, sebelum dikeringkan daun teh yang baru dipetik dikukus terlebih dulu sehingga pering­kat oksidasinya berada pada tahap paling minimum.
Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi mendedahkan ekstrak teh hijau dikenal pasti memberi manfaat untuk mengaktifkan metabolisme dan mening­katkan tenaga. Ini kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin dalam jumlah yang besar dan mampu membakar lemak sehingga empat peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau. 

Malah minuman berkhasiat ini membantu mengatur (mengawal) glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah sekiranya diambil selepas makan. 
Hasil kajian Universiti Chicago pada tikus yang disuntik ekstrak teh hijau selama tujuh hari mendapati teh ini mempunyai hubung kait de­ngan penurunan nafsu makan. Tikus yang disuntik itu makan kurang sehingga 60 peratus daripada biasa.

 
Walaupun terbukti berkhasiat untuk menurunkan berat badan, namun dengan hanya meminum teh hijau saja tidak akan memberikan hasil yang diinginkan tanpa melakukan senaman atau makan me­ngikut piramid makanan. 

Ini kerana untuk mengurangkan lemak sebanyak setengah kilogram seminggu, seseorang itu harus me­ngurangkan jumlah kalori sebanyak 3,500 kalori. Ini bermakna dengan minum lima cawan teh hijau sehari ia akan hanya membakar 70 hingga 80 kalori sehari dan masih belum mampu mencapai tujuan asal. Oleh itu di samping mengamalkan teh hijau anda juga harus melakukan senaman secara teratur serta mengikut pola makan yang sihat. 
Namun begitu teh hijau masih mempunyai banyak kelebihan berbanding teh lain antaranya: 

Mengurangkan risiko kanser 
Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat. 

Mengatasi bengkak mata 
Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah. 

Antiseptik kulit 
Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. 
Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan. 

Melindungi kulit 
Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit. 

Menurunkan tekanan darah 
Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal. 

Menguatkan daya ingatan 
Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda. 

Awet Muda 
Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok.

Artikal nie aku amik dari MyMetro...


Cara aku minum plak, tak pakai gula tau..bancuh guna air panas...bagi sejuk cikit, minum sikit2...jgn minum tak panas plak..baru la sedap perut kte kalo minum agak panas...rasenya agak kelat2 cikit...tp demi nk dpt semua kebaikan minum teh hijau nie..layan je la....lgi pn skrg nie dlm proses nk kurangkan berat badan... byk manfaat kalo minum teh hijau nie...pasnie nk suh encik suami minum plak..hehe

Da~

4 ulasan:

beta kupu berkata...

salam...tu la teh ijau ni mmg byk khasiat tp tekak mmg xbley trima. lg2 klu xltk gula....hihi

Tomoyo@Zura berkata...

waalaikumsalam..sy pun kalo ikutkan mmg tak lalu la..tp cube tahan je..hahahaaa

ima_muz berkata...

suka gak minum teh..tp kalo o x ske..nak gak ada susu..terutama teh ais..sehari x pekena mengidam cam org ngandung...btw tips yg bagus..kot2 boleh diikut...

Jejaka Penyu berkata...

cuba minum teh hijau yang dicampur dengan halia dan madu..saya pasti anda semua akan merasai kelainan dia..

Klik sini jika anda ingin mengetahui tentang manfaat teh hijau yang dikongsi oleh Oh kiji.

Terima kasih admin..memang bermanfaat.