Bingkisan Hati Seorang Wanita

Ya Allah, kuatkan hati ku untuk mengharungi segala dugaan Mu di muka bumi ini...
Demi anak-anak yang semakin membesar aku tempuh jua halangan nye demi sebuah cinta dan kasih ku terhadap mereka...
Biar nyawa aku jadi taruhan, demi anak2 aku sanggup Ya Allah...

Jadikan aku seorang isteri yang sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki sehingga ke saat ini...
bukan aku ingin mengeluh, kerana Engkau jadikan aku seorang Wanita...malahan aku amat-amat bersyukur kerana seorang wanita itu lebih kental dan tabah hati nye berbanding Lelaki...

Syukur aku panjatkan buat Mu Tuhan Ku...
Kerana biarpn hidup tak seindah syurga, namun aku tetap bersyukur seadanya~

Tuhan Ku hanya pada Engkau lah aku memanjatkan doa dan pengharapan...kerana aku tahu Engkau Maha Mengetahui apa yang hamba mu ini tidak mengetahuinya...Dan aku berserah kerana aku pasti setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya...

Ya Allah jadikan aku seorang anak, isteri dan ibu yang solehah buat mereka-mereka yang aku cintai dan sayangi..semoga hidupku ini dalam limpah dan rahmat Mu sentiasa kerana tiada apa yang paling bermakna dalam hidup ini selain diterima sebagai hamba Mu yang paling bertakwa...

Amennn....



kredit to Mr.google



**Proud To Be Islam~

Tiada ulasan: