Cubaan Pertama dah Berjaya.hoyyyehh!!!

Hai  Readers...

Hari sabtu korang buat pe? emm aku ngan anak2 duk umah je la...lagi pn en suami bekerja minggu nie..huhu...

mlm nie keluarga mertua nk mai...

sempena hari sabtu nie, aku memg dah cadang2 nk masak makanan yang sepesel..nk try resepi yg blm penah aku try..so semlm kt pejabat, aku saje2 la try cari resepi yang best ckit...so hari nie, aku try buat AYAM MASAK RENDANG~

suami memg suka bab2 masak ayam nie....paprik dah pakar sgt dah..so rinie cube2 la buat rendang plak..

nie hasilnye--------->




 rasenye..wallahhhh mmg sedap~ tak tipu tau!


kalo korang nk try, nie resepi nye....



Bahan-bahan :-

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan pekat- boleh ditambah
  • 5 keping daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit ( saiz besar )
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
Bahan yang perlu dikisar :

  • 8 biji cili kering - ikut suka nk tambah atau kurangkan cili
  • 5 biji bawang merah/ bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai diracik nipis
  • 1 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-caranya :
  1. Potong ayam menjadi ketulan kecik & bersihkan ayam dari semua kotoran serta lendir ayam, kemudian toskan.
  2. Masukkan semua bahan kisar tadi ke dalam kuali yang berisi minyak panas bersama  santan dan masak sehingga mendidih. 
  3. Kacau kuah rendang & masukkan semua ayam tadi dan juga masukkan daun kunyit yang telah diracik bersama daun limau purut. Kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak.
  4. Seterusnya masukkan kerisik dan garam secukup rasa serta terus kacau. Biar kuah mendidih dan ayam masak menjadi lembut serta kuah menjadi sedikit.
  5. Siap untuk dihidang.

selamat mencuba kawan2...emm kaloo dah berjaya buat, share2 la kat sini..heeee 

da~










Tiada ulasan: